Komodor (Royal Navy)

Laksamana MudaKeptenKomodor ialah pegawai kanan Royal Navy, ia berada di atas Kepten dan dibawah Laksamana Muda. Ia mempunyai kod pangkat NATO OF-6. Pangkat ini setara dengan Brigedier dalam Tentera Darat British dan Marin Diraja serta Komodor Udara dalam Royal Air Force. Komodor hanya menjadi pangkat tetap dalam Royal Navy bermula tahun 1997. Sehingga itu istilah komodor melambangkan posisi kefungsian bukannya satu pangkat rasmi, kerana gelaran itu diberikan kepada pegawai kanan armada yang memimpin dua kapal perang dibawah pemerintahan bebas (biasanya sementara dan jangka pendek). (Dalam kes ini, sebagai contoh, seorang lieutenant dalam pangkat tetap boleh menjadi commodore bagi tempoh pemerintahan itu.)